Cabaran Buat Satu Surah Quran Oleh Allah

Allah cabar orang kafir supaya datangkan yang sebanding dengan Al Quran

1. wahai orang yang menaruh syak pada Al Quran, tolong datangkan sebuah kitab yang sebanding dengan sebuah Al Quran sebagaimana firman Allah
Surah Al Israk Ayat 88
قل لئن اجتمعت الإنس والجن على أن يأتوا بمثل هذا القرآن لا يأتون بمثله ولو كان بعضهم لبعض ظهيرا
yang bermaksud, katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri

2. wahai orang yang menaruh syak pada Al Quran, tolong datangkan satu surah yang sebanding dengan satu surah Al Quran sebagaimana firman Allah
Surah Al Baqarah Ayat 23
وإن كنتم في ريب مما نزلنا على عبدنا فأتوا بسورة من مثله وادعوا شهداءكم من دون الله إن كنتم صادقين
yang bermaksud, dan kalau kamu ada menaruh syak tentang Al Quran yang Kami turunkan iaitu Al Quran kepada hamba Kami Nabi Muhammad, maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al Quran itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar

3. Surah Yunus Ayat 38
أم يقولون افتراه قل فأتوا بسورة مثله وادعوا من استطعتم من دون الله إن كنتم صادقين
yang bermaksud, orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu bahkan mereka mengatakan, dialah Muhammad yang mengada-adakan Al Quran menurut rekaannya, katakanlah wahai Muhammad, kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al Quran itu, dan panggillah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain dari Allah untuk membantu kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar

No comments:

Post a Comment